Wednesday, March 18, 2015

BERSAWANG SUDAH

Hello Kawan...... Assalammualaikum Semua....



Kesah nya sudah sekian lama xmenjenguk rumah yang makin bersawang. Nak dikatakan sibuk takde lah sangat cuma fikri mempunyai kurang masa yang berkualiti untuk mencharot dalam blog ini. Al maklumlah nijam dah jadi TEMAN DOT DOT DOT UPAHAN la katekan....

Bila orang lain sibuk membicarakan tentang isu GST dan IS fikri pula sibuk bercerita pasal hal lain. Ermmmm.... Actually tajuk atas itu memang tidak ada kena mengena dengan apa yang fikri nak khabarkan. Kita pendekkan cerita, ada seorang sahabat nie memang fikri akui sifat dia memang baik, penyabar dan juga pandai hal2 agama. Tapi tuhan itu maha kaya... dalam kelebihan dia sebagai orang yang mempunyai sifat yg fikri dah   sebutkan tadi ada juga yang masih dia tak dapat capai dalam kehidupan dia.


Nanti kita sambung lagi.. k bai...

Amboii kak namnya semua... Apaaaaa....? nak tahu sampai habis? Hahahaha......

Dia selalu juga menceritakan perihal kehidupan dia yang semakin bersawang namun masih lagi belum temui teman hidup? ( Ermmmm mcm lah fikri nie dah kawin kannnn) Dan setiap kali dia berjumpa dengan seseorang mesti perhubungan tersebut tidak berpanjangan... sama ada di charas orang, dia dia reject ataupun terlambat meluahkan perasaan.




Adakalanya dia merasa tertekan juga bila sahabat sekeliling yang sebaya semuanya telah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Tapi apakan daya itu semua merupakan sesuatu yang diluar jangkauan manusia untuk merancang.... kerana JODOH itu rahsia ALLAH.... (wahhh... dah macam ruangan DANG SETIA dalam surat khabar plak)



Fikri selalu nasihatkan dia supaya bersabar dan sentiasa berdoa pada yang kuasa agar suatu hari nanti akan dihadir kan seseorang yang boleh membuatkan dia bahagia hingga ke JANNAH. Pesan fikri pada semua kalau ada sahabat, adik beradik atau suadara mara yang mempunyai masaalah seperti ini jangan ditanya "BiLa Nak KAwiN?" kerana adalakalanya soalan seperti itu akan menguris perasaan........

ps: Takziah pada seorang sahabat lagi yang baru kehilangan suami tercinta dalam dia keadaan sarat mengandung.. sabar ya ZARA


No comments:

Post a Comment