Thursday, December 29, 2016

TAHUN BARU LAGI

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua....

Selang Sehari lagi Kita Akan Melangkah Ke Tahun 2017. Malas Nak Buat Sorotan bagi Tahun 2016. Cukuplah Mengetahui Tahun 2016 Menjanjikan Seribu Kenangan Dan Bebas Dari Cabaran Yang Berat. Moga-moga Di Tahun Yang Mendatang Akan Menjanjikan Pengalaman Hidup Yang Lebih Menyeronokkan.

As Usual Bila Bertambah Tahun Bertambahlah Lagi Usia Fikri.. hihihi... Moga2 Tahun Ini Merupakan Penamat Kepada Status Fikri (hahaahh... rasa nak tergelak sendiri) Amin.... In Sya Allah. Azam baru Tiada Rasanya. Cuma Nak Meneruskan Azam Lepas Yang Tertungak Kan.. Kasi Settle Dulu. Buang Segala Kepahitan Yang Berlaku Serta Meneruskan Kehidupan Seperti Biasa.

Bila Agaknya Dapat Bersama Lagi  


Kesempatan Ini Juga Ingin Fikri Ucapkan Selamat Tahun Baru Buat Semua Sahabat Tidak Kira Di Tempat Kerja, Masa Study & Teman Berjimba. Moga-moga kedatangan tahun  2017 Memberi Sinar yang Lebih Baik, Perniagaan Uolszz Makin maju, Kerjaya yang Lebih Stabil dan Diberikan Kesihatan yang Lebih Mantap.



Harta, Kekayaan, Pangkat, Kedudukan & Kehormatan. Semua Itu hanyalah Semntara & Sebagai Pinjaman. Yang Terbaik & Penting Adalah Dengan Sentiasa Membantu. jangan Membandingkan Akan Pencapaian Sesama Kita. Bila Kita mampu Merasa Cukup dan Mensyukuri Dengan Apa yang Kita Ada Pasti Kita Akan Bahagia. 

Persabatan yang yang Sejati Antara Kita Yang Tidak Akan Padam



Sehari Berlalu Umur akan Berkurang Sehari. Bila Kita Lalui setiap hari Dengan Rasa Bahagia Dengan Sahabat Kita Akan Rasa Beruntung Kerana Kita Tidak Tahu Bila KIta Akan Di Panggil Yang Esa. Maka Manafaatkan Hubungan Sesama Kita Sementara Ada. Fikri Sayang Semua........

p/s : Selamat Kembali Ketanah Air Hajah Anjasmoro......

Monday, July 4, 2016

AIDILFITRI 2016

Assalammualaikum

Terasa Sebentar Saja Ramadhan Menyapa... Kini Ia Akan Pergi Lagi Berkelanan Untuk Selama Sebelas Bulan. Adakah Kita Akan Ketemu lagi.... Wallahualam... Moga - Moga Di Pertemukan Bulan Yang Mulia Dah Penuh dengan Keberkatan.


Agak Lama Menyepi..... Tiba Keluar Entry Raya.. Tahun Ni Cuti Raya Agak Panjang ditambah lagi Dengan Cuti Peristiwa dan Cuti Hujung Minggu. Namun Saat Akhir Fikri Masih Lagi Tercongok Di Dalam Pejabat Walaupun 95% Staff Lagi Sudah Pun Mula Bercuti... Al Maklumlah Kampung Halaman Mereka Sangat Jauh (Saaaangattt)

Persiapan Raya Tahun Ini Agak Sederhana (Katanyaaaa Walaupun Dah Berhabis  Banyak... Matilah Nak Duit Kereta Tak Bayar Lagi) Rumah As Usual Tak Kemas lagi Sebab Miang Nak Feel Raya Last Minit Mengemas Ujong2 Raya Pertama Tidur Saja... hahahahahah


Ermmm... Kuih Muih Pun Tak banyak. Kalau uolszzz Semua Rasa Macam Teringin nak Beraya Kat Rumah Fikri Sila Bawa kuih Sendiri. Pastikan Yang Sedap. Kalau Ala-ala Cekodok rentung Ataupun batu Belah Batu Bertangkup Lupakan...... simpan aje kat rumah Uolszzzzz...


Buat Sahabat yang Masih Dalam Perjalan Pulang Ke Kampung Untuk Berhari Raya. Selamat jalan Fikri Ucapkan dan Berhati-Hati Semasa Memandu. Tapi Buat Sahabat-Sahabat Yang Cuti Rayanya Tak Approve Terutama Kakak-Kakak Uniform Merah..... Raya Lah Kau Di Tempat Kerja. Nanti Faiz Kirimkan Kek Buah Yang Order-Order Tak Dapat.........


 Duit Raya Dari Kakak2 Uniform Merah


Sebelum Fikri Balik Sebentar Lagi Ingin Rasanya Mencoretkan Sesuatu Buat Semua

Dalam Guarau Adakalanya Terkata
Dalam Bicara Ada Terkasar Bahasa
Dalam Charutan Terguris Rasa
Dalam Hidup Tak Lepas Dari Dosa


1 Syawal Menjelang Tiba, Takbir Bergema Menggegarkan Jiwa,
Sekiranya Ada Salah Dan Dosa,
Keampun an Dan Kemaafan Di Pinta,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua
Maaf Zahir Dan Batin

#1437


Wednesday, July 15, 2015

LEBARAN 2015

Assalammualaikum Semua......


Agak lama juga faiz nak mencoretkan sesuatu dalam blog ni. Menyepi bukanlah bermakna langsung tiada cerita... Cuma malas yang teramat sungguh nak menekan keyboard nie.

Diam tak dian ramadhan 1436 Hijrah akan mula meninggalkan kita. Lebih kurang beberapa jam lagi kita akan menyambut Aidilfitri

Menyentuh mengenai persiapan raya, tahun nie faiz tidak lah begitu sakan, memandangkan Ekonomi yang kurang Meletop tahun nie.. jadi Syawal tahun 2015 faiz sambut secara sederhana... So tak perlu sangat nak menunggu depan pintu rumah kita nak beraya sakan dan mintak duit raya...hahahaha sorry...... katanya....

Kalau Buat Macam Ni Ke Charuts Tak?

Kuih raya pun faiz tak berapa nak gigih buat. Kebanyakan dibeli dan hadiah dari pejabat.  Apa lagi nak buat tart nenas.... memang tidak la... memandangkan nenas pun kehabisan stok dikala ini....... Kannnn.... Yang penting ada..... Tak giteww.....

Rumah terbuka pun belum ada dalam plaining. Tapi kalau ada sesiapa yang nak datang beraya silakan... faiz ada sparekan air sirap ros....hahahahaha

Actually di semperna bulan yang mulia ini ingin sekali faiz

" Menyusun Sepuluh Jari
Memohon Kemaafan Di Sepanjang Perhubungan Antara Kita
Ada Yang Terasa Akibat Dek Charutan Kita, Tingkah Laku Yang Mencucuk Mata
Kena Kutuk Kaw, Kena Caras (Sorry Kakak Kawasan), Sentap Dengan Mulut Kita, Meroyan Tak Tentu Hala & Kekwats Yang Melampau"

Manusia kan... Selalu melakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak.

Pada yang baru pertama kali beraya dengan keluarga sendiri taniah faiz ucapkan, Pada yang masih lagi beraya sendiri sabar ok.... In Sya Allah ada rezeki tahun depan merasalah beraya dengan keluarga sendiri.

Buat semua sahabat yang ingin pulang ke kampung tidak kira jauh atau dekat faiz ucapkan semoga selamat sampai dan semoga gembira beraya disamping SUAMI.....


p/s Masa tulis entry nie kat office dah takde orang cuma tinggal faiz jew... gigih tak... salam aidilfitri uolszzzzz

Wednesday, March 18, 2015

BERSAWANG SUDAH

Hello Kawan...... Assalammualaikum Semua....



Kesah nya sudah sekian lama xmenjenguk rumah yang makin bersawang. Nak dikatakan sibuk takde lah sangat cuma fikri mempunyai kurang masa yang berkualiti untuk mencharot dalam blog ini. Al maklumlah nijam dah jadi TEMAN DOT DOT DOT UPAHAN la katekan....

Bila orang lain sibuk membicarakan tentang isu GST dan IS fikri pula sibuk bercerita pasal hal lain. Ermmmm.... Actually tajuk atas itu memang tidak ada kena mengena dengan apa yang fikri nak khabarkan. Kita pendekkan cerita, ada seorang sahabat nie memang fikri akui sifat dia memang baik, penyabar dan juga pandai hal2 agama. Tapi tuhan itu maha kaya... dalam kelebihan dia sebagai orang yang mempunyai sifat yg fikri dah   sebutkan tadi ada juga yang masih dia tak dapat capai dalam kehidupan dia.


Nanti kita sambung lagi.. k bai...

Amboii kak namnya semua... Apaaaaa....? nak tahu sampai habis? Hahahaha......

Dia selalu juga menceritakan perihal kehidupan dia yang semakin bersawang namun masih lagi belum temui teman hidup? ( Ermmmm mcm lah fikri nie dah kawin kannnn) Dan setiap kali dia berjumpa dengan seseorang mesti perhubungan tersebut tidak berpanjangan... sama ada di charas orang, dia dia reject ataupun terlambat meluahkan perasaan.




Adakalanya dia merasa tertekan juga bila sahabat sekeliling yang sebaya semuanya telah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Tapi apakan daya itu semua merupakan sesuatu yang diluar jangkauan manusia untuk merancang.... kerana JODOH itu rahsia ALLAH.... (wahhh... dah macam ruangan DANG SETIA dalam surat khabar plak)



Fikri selalu nasihatkan dia supaya bersabar dan sentiasa berdoa pada yang kuasa agar suatu hari nanti akan dihadir kan seseorang yang boleh membuatkan dia bahagia hingga ke JANNAH. Pesan fikri pada semua kalau ada sahabat, adik beradik atau suadara mara yang mempunyai masaalah seperti ini jangan ditanya "BiLa Nak KAwiN?" kerana adalakalanya soalan seperti itu akan menguris perasaan........

ps: Takziah pada seorang sahabat lagi yang baru kehilangan suami tercinta dalam dia keadaan sarat mengandung.. sabar ya ZARA


Wednesday, December 31, 2014

PLAYBACK 2014



Assamualaikum.... Semua...


Agak lama juga faiz menyepikan diri dek kesibukkan yang sangat terlampau... Tidak kurang beberapa minit lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2014.

Kalau di imbas semula apa yang dah faiz lakukan sepanjang tahun berlalu, rasanya masih ada banyak Azam yang di BACKDATED dai tahun sebelumnya pun masih tak dapat di capai. So tak payahlah gigih nak create azam baru kan.

Syukur Alhamdullilah kehidupan Faiz di kelilingi sahabat handai yang selalu membantu dan memberi semangat serta menyokong dikala faiz memerlukan. Setiasa melayan karenah dan ke DIVA an serta bersama-sama ketika bercuti dalam atau luar negara kannn.... thanks uolszzz


Buat sahabat2 yang telah menamatkan zaman solo faiz ucapkan tahniah dan semoga bersama keluarga. Jangan berkecil hati sekiranya kelibat faiz sukar untuk dijejaki....

Untuk tahun 2014 juga merupakan tahun REZEKI bagi Faiz... dimana setelah berapa tahun Si Comel (MAP) memberi perkidmatan cemerlang kini Si Hitam (MCN) pula memulakan perkhidmatan...Beban hutang pun sudah makin kurang sebab dah naik pangkat dan peralihan tangga gaji....hahahaha (motif nak mention)



Untuk Negara Malaysia yang sering ditimpa pelbagai Ujian dari MAHA ESA mengingatkan kita agar sentiasa mengigati pada PENCIPTA

Semoga kedatangan tahun baru 2015 memberikan lebih sinar walaupun dirasakan lebih banyak cabaran


Selamat Tinggal 2014 Dengan Ingatan dan Pengalaman
Selamat Datang  2015 Dengan Harapan dan Masa Depan


Friday, October 24, 2014

MAAL HIJRAH 1436


Assalammualaikum....

Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain-lain kecuali memohon maaf kepada orang yang di umpat


Jesteru itu, semperna menyambut tahun baru maal hijrah, disusun sepuluh jari andaikata ada terkata dan tercela secara sengaja (itu dah pasti) atau tidak disedari. malahan permohonan maaf juga ditujukan andai kata gurau senda, kata2 serta tulisan & komen2 yang mengguris hati serta perasaan dapat dimaafkan sepenuh hati

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, dan tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri. Segala makan minum harap dihalalkan juga

Selamat menyambut tahun baru Hijrah semoga kita sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT

ikhlas dari Penulis



Sunday, September 14, 2014

KENAPA DAN MENGAPA? KEMUNGKINAN YANG PALING LOGIK DITERIMA AKAL

Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
Gambar Sekadar Hiasan
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?


Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.


3. Tiada Daya Penarik“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.


4. Doa Tidak Makbul“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.


5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”


p/s: sumber tulisan yang di cedok blog lain bagi yang masih bertanya why why why tak kurang juga yang mcm c*%$i