Thursday, October 20, 2011

SALES

Salam Jumaat Semua.....

Moh.... Kita Ke Masjid

Mood masih sama...MALASssssss.......( tapi bab main online GAMES iteww... rajin pulak kannnn)
Tapi memandangkan hari last day kerja untuk minggu nie... digigihkan juga datang bekerja....lagipun tak benda penting yang perlu dikakukan...cuma melagut ajer depan PC nie....


Wah Meriah.... Negeri Yang Takde AEON Jusco tu pasti nanges...

Dalam pada malas iteww...sempat juga faiz pergi Jcard Day kat JUSCO..... tapi yang tak bestnya SALES kali ini tak mengairahkan macam yang selalu...... faiz cuma membeli bekalan seluar KECIL dan makan2 sajork... dah ituww...hampir2 pulak terkantoi dengan BOSs .. nasib baik pandai main games "HIDE n SEEK"

Rancangan awalnya nak shopping la kan. tapi rasa macam tak best. Nak jalan2 pun tak boleh lama2 sebab hari jumaat kan (lain lah ajasmororo). Mungkin kalau ader mood nak round 2nd time malam nie....hiihihi...

Tapi strategi yang AEON buat memang superb...they tau orang GOMEN kebanyakannya dah dapat gaji so....BUAT SALES laaa......tambahn pula Hari Deepavali yang akan menjelma tak lama lagi.....makin rancak laa..orang datang..(Padahal ramai pelanggan orang Melayu & Cina yg tak kena mengena dengan perayaan iteww....matilaaaa kena carut)


Happy Deepavali Aep, Shamila & Bob

p/s : ada sahabat faiz iteww...cuti Deepavali Lama sangat Uolsss...mengalahkan orang yang beraya (walaupun kulit dia lebey kureng ajer)... larikkkkkk




Thursday, October 13, 2011

:: Indah Khabar Dari Rupa::

Salam Semua......
Apa khabar......Mudah-mudahan Sihat hendakknya Semua......(motif sangat Buat baik kannnn )...
Lama jugak Tak update......Walaupun tidak Sibuk sangat Cuma Jari jemari nie agak malas nak update.....(hahahah..verangan...ader follower ker)

Persiapan raya Deepavali macam mana? Walaupun faiz tak sambut namun tetap prihatin dengan perayaan kaum lain expecially kawan faiz yang jauh nun di UTARA sana yang bakal menyambut DEEPAVALI.... mesti sekarang nie dah bz dengan persiapan kannnn...( You know who)

Eh.....dia malu2 pulak

Aper pun bukan ituww ceritanya......
Sekarang rata2 orang menceritakan tentang SKIM baru untuk perkidmatan bagi kakitangan awam. Umur untuk persaraan telah pun dilanjutkan sehingga umur 60 tahun....( Ayooo.....tak dapat nak bayangkan ajasmoro masih nak DRAG kat office walaupun dah umur 60 tahun)

 Kelas Kau Maria.....Tak Mampu Tau...

 Bayangan Hatu Susu Dimasa Hadapan

Tidak dapat nak bayangkan, Sekarang nie pun faiz rasa macam dah malas nak kerja.. namum disebabkan tanggungjawab kepada negara...usaha di gandakan untuk meningkatkan pencapaian  ( Sangatttt)  macam kawan faiz pun sama sanggup kerja hari cuti semata2 untuk memberikan PERKHIDMATAN yang CEMERLANG pada rakyat ( Betul ke nie?........Motif Hari cuti datang pejabat & buat pemantauan kannn)

Kedua kenaikan gaji tahunan juga di naikan dari RM80 hingga ke RM350. tapi seperti mana yang tersedia maklum angka yang besar ituww bukan lah untuk penjawat awam yang rendah nie. (Kadang2 Kesian They All Kerja Berat... Gaji Sikit) Kenaikan pangkat juga ikut time BASE. kalau yang Group sokongkan nie..... sampai sudah laaa....tahap itew jer..... walaupun kemampuan melebihi pegawai......kalau sistem baru ini memerlukan RECOMENDATION dari pegawai atasan..maknanya sampai sudahlah..tahap iteww ajer.

Kak Jah......Cangkul lah Sampai Padam


Ke-3 Bonus Separuh Gaji atau minimum RM500. Yang iteww..memang dah dijangka. Pada faiz tak kisah sangat OK lah dari tak ader. Mungkin pada penjawat yang mempunyai tanggungan yang banyak mungkin merasakan keperluan yang lebih banyak. Sebenarnya pemberian BONUS yang diberikan juga menyumbang kepada negara. Fikirkan berapa peratus (%) saja yang akan menyimpan wang kalau dapat BONUS. kalau faiz takde maknanya nak simpan sebab pergi Shopping atau pergi melancong lagi bagus.......

 Shopping......

Mungkin ada yang akan mengatakan faiz ni tidak bersyukur. tapi apa yang faiz sampaikan ini kebanyakanya "CAKAP2" yang faiz dengar. Cuma yang faiz tak setuju Perlukan pemberian SAGUHATI @ BONUS dicanagkan.Sebab peniaga suka bila Orang Gomen nie dapat BONUS. Masa itewwlah dia nak naik kan harga barang. 

Ramai yang menyambut baik dengan SKIM baru ini dan tidak kurang hebat juga yang tidak bersetuju dengan SKIM ini. Pada faiz terpulang lah pada keupayaan dan kesihatan seseorang tu.... biasalah sesuatu yang berlaku ituw akan ada baik dan buruknya.....jadi fikir-fikirkan...

p/s : Kawan faiz yang kerja Swasta dapat BONUS 6bulan tak masuk dalam paper pun.......