Wednesday, July 15, 2015

LEBARAN 2015

Assalammualaikum Semua......


Agak lama juga faiz nak mencoretkan sesuatu dalam blog ni. Menyepi bukanlah bermakna langsung tiada cerita... Cuma malas yang teramat sungguh nak menekan keyboard nie.

Diam tak dian ramadhan 1436 Hijrah akan mula meninggalkan kita. Lebih kurang beberapa jam lagi kita akan menyambut Aidilfitri

Menyentuh mengenai persiapan raya, tahun nie faiz tidak lah begitu sakan, memandangkan Ekonomi yang kurang Meletop tahun nie.. jadi Syawal tahun 2015 faiz sambut secara sederhana... So tak perlu sangat nak menunggu depan pintu rumah kita nak beraya sakan dan mintak duit raya...hahahaha sorry...... katanya....

Kalau Buat Macam Ni Ke Charuts Tak?

Kuih raya pun faiz tak berapa nak gigih buat. Kebanyakan dibeli dan hadiah dari pejabat.  Apa lagi nak buat tart nenas.... memang tidak la... memandangkan nenas pun kehabisan stok dikala ini....... Kannnn.... Yang penting ada..... Tak giteww.....

Rumah terbuka pun belum ada dalam plaining. Tapi kalau ada sesiapa yang nak datang beraya silakan... faiz ada sparekan air sirap ros....hahahahaha

Actually di semperna bulan yang mulia ini ingin sekali faiz

" Menyusun Sepuluh Jari
Memohon Kemaafan Di Sepanjang Perhubungan Antara Kita
Ada Yang Terasa Akibat Dek Charutan Kita, Tingkah Laku Yang Mencucuk Mata
Kena Kutuk Kaw, Kena Caras (Sorry Kakak Kawasan), Sentap Dengan Mulut Kita, Meroyan Tak Tentu Hala & Kekwats Yang Melampau"

Manusia kan... Selalu melakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak.

Pada yang baru pertama kali beraya dengan keluarga sendiri taniah faiz ucapkan, Pada yang masih lagi beraya sendiri sabar ok.... In Sya Allah ada rezeki tahun depan merasalah beraya dengan keluarga sendiri.

Buat semua sahabat yang ingin pulang ke kampung tidak kira jauh atau dekat faiz ucapkan semoga selamat sampai dan semoga gembira beraya disamping SUAMI.....


p/s Masa tulis entry nie kat office dah takde orang cuma tinggal faiz jew... gigih tak... salam aidilfitri uolszzzzz