Wednesday, October 31, 2012

ITU AJER AKU NAK CAKAP KAT KAU

Salam semua.......
Agak lama juga faiz tidak bersiaran memandangkan kekangan masa yang tidak dapat digambarkan. Namun masih belum terlambat rasanya untuk faiz mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Matilah kena carutttt sebab lambat wat entry raya qurban

Namun ada story yang faiz nak kongsikan dan meluahkan perasaan dalam laman blog peribadi ini tentang satu kisah yang membuatkan diri rasa sentap dan ingin mencarutkan si pelaku itu.... walaupun faiz dah janji tak nak bermolot puaka disebabkan takut mulut akan berulat ala2 cerita cerekarama ahad lepas dalam ANUGERAH SKRIN gitewwww...

Drama realiti ni berlaku masa faiz nak menyelesaikan urusan perbankan di kawasan jalan Hang Tuah (Berdekatan denga UTC lah Uolszzzz) sebelum masuk dalam bank tersebut terlihatlah satu kelibat seorang wanita berhijab (lingkungan umur 28-35tahun kot sebab malas pulak nak amik statement dia) sedang meminta DERMA dengan setiap orang yang lalu lalang keluar masuk dari bank M bukan nama sebenar (M la sangat)

Selepas selesai urusan, faiz pun cuba keluar dari kawasan bank tersebut tetapi berjaya dihalang oleh wanita (Nama Samaran : Foo Key) tersebut.... ayat dia mcm nie:-

Foo Key : Bang bagi DERMA
Me : Owh tak mengapalah.......
(Tiba2 dia menjerit...... macam orang kena sawan)
Foo Key: Ya Allah........ Ini derma untuk anak Yatim, tidak kasihan ke pada mereka? Kenapa kata tidak? Anak Yatim Ni...... bla..bla..bla....
Me : (Terasa menyirap) Tak pe kak Kalau saya nak DERMA saya lebih suka ke sumber yang lebih selamat
(Kemudian terus blah dan bila toleh dia membebelkan sesuatu, butiranya faiz tidak pasti sebab takut jadi fitnah pula kan so faiz ignorekan bab tu)

Kira bernasib baiklah jugak faiz tak carutkan dia kat situ memandangkan ada orang perasan semasa si Foo Key tu menjerit. Agak2 nya kalau mood faiz xelok mesti confirm kena LASER kann...... ( yang lasernye pownnn)

Bila sampai kereta faiz tunggu dalam dan tinjau lagi wanita tersebut. Ternyata ramai jugak yang tidak mengendahkannya mungkin mereka juga tidak berapa percaya dengan penampilan wanita tersebut. Ini rasanya kali pertama faiz kena carut tentang bab2 DERMA ni. Nampak sangat dia ada AGENDA tersendiri. Sebab kalau orang nak yang menderma itu perlu IKHLAS... bukan dengan cara PAKSAAN dan MENETAP kan jumlah yang perlu diderma.




So, kesimpulan dari cerita ini. Faiz rasa kesal dengan apa yang terjadi bila MANUSIA menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Kalau tengok cara ini yang digunakan untuk cari REZEKI sampai bila2 pun tak akan senang kehidupan.Tapi mesti ada yang akan kata faiz berkira nak melakukan kebaikan, Penampilan dia memang sangat MENCURIGAKAN dan tidak mustahil dalang kepada SINDIKIT PENIPUAN.

ps: Satu lagi sindikit yang menggunakan pelajar2 TAHFIZ ni meminta DERMA sangat tidak bagus, kesian kadang2 melihatkan budak2 yang sepatutnya belajar tapi kena cari sumber pendapatan untuk kepentingan orang lain... ITU AJE YANG AKU NAK CAKAPKAN