Friday, February 28, 2014

KEBAKARAN ATAU PEMBAKARAN TERBUKA

Salam Untuk Semua....

Seram sangat hari ni masa pulang untuk memnunaikan SOLAT JUMAAT katanye. Belukar di kawasan perumahan yang faiz tinggal, kini terbakar. OMG......
Risau dengan keadaan api yang sangat MARAK lalu faiz membuat panggilan kecemasan 994. Fuhhhh rupa2 faiz bukanlah the 1st caller(jadi xdapat le hadiah mcm call kuiz kat radio era.fm) dan bantuan telah pun menuju ketempat yang disebutkan.



( Asap tebal dan api mula marak)

Oleh kerana tak tahan dek asap yang sngat tebal. Maka berlarilah dengan penuh tertib menuju ke arah padang/kawasan lapang ( Flashback Ala2 formasi kebakaran masa kat sekolah dulu ) Kelibat api semakin marak. Dan Pasukan Penyelamat pun sampai dengan FIRE TRUCK nya lah. Masa ni la jugak sibuk pakcik, makcik, kak senah, kak bedah dan bagainya sibuk mengambil gambau... konon NYA nak dimuat naik dalam FACEBOOK al kesahnya.....




Kemudian di tegah oleh petugas2 BOMBA tersebut. Memandangkan kini musim panas dan kering serta angin yang agak kencang agak sukar juga untuk pasukan bomba memadamkan api. Namun sudah menjadi tugas mereka, kebakaran tersebut dapat dipadamkan beberapa minit kemudian. Punca sebenar api masih belum dapat di pastikan.


( Kebakaran telah berjaya dipadamkan )

Selesai ditempat kejadian faiz pun pulang kerumah. Alhamdullilah semua dalam keadaan baik. Cuma langsir IKEA (hahahaha....motif?) saja yang berbau asap. Tapi tidak mengapa masih ada banyak simpanan langsir IKEA yang masih belum digunakan.( Kalau x kena shopping kat IKEA lagi la)

Api semasa kecil menjadi kawan. Bila dah besar menjadi lawan. jangan melalukan aktiviti pembakaran terbuka apa lagi saja2 nak membakar. Pada semua perokok pastikan puntung rokok dipadamkan sebelum dibuang merata2.

Sentiasa berhati-hati jangan sampai api membakar diri. Jangan nak gigih sangat menjadi LILIN. ok bye..

Sunday, February 9, 2014

HELLO..... PLEASE GIVE SOME RESPECT

Salam Semua.......
Apa khabar semua...... Makin Lama Makin Malas Pulak Nak Bersiaran....
Tapi rindu pulak nak menCharowt......



Hari ni faiz nak share sedikit pasal attitude beberapa orang manusia yang mula lupa diri. Tujuan sebenar faiz bukan untuk mengaibkan ataupun menyindir seseorang cuma memberi sedikit teguran dengan cara yang halus ( walaupun mampu charotkan dia lebih dari itew ) 


وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الأرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولا
SURAT 17. AL ISRAA' 37
Maksudnya 
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak sampai setinggi gunung

Dalam hal ini kadang2 kita selalu khilaf dengan sedikit kuasa atau pangkat yang kita ada untuk bermegah2. Walaupun suatu ketika dulu kita datang dan bermula dari bawah bersama. Cuma yang masa yang membezakan rezeki masing2. Alhamdullilah

Sekelumit pun tiada dalam hati faiz untuk cemburu apa lagi bersangka buruk pada orang lain. Tapi yang pelik dan jeliknya masih ada lagi yang tidak berpuas hati dan membuat fitnah tentang perkara yang tidak benar. Mereka ini merasakan satu ancaman jika faiz berada dikelompok mereka kerana takut dengan bayang2 silam ( hahahahahahha... ketawa keji )

A011
Surah Al Qalam Ayat 11

Maksudnya
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),

Please lah.... Kuasa itu tidak kemana. Dari pengalaman yang lepas orang yg chenggini xlama berada dalam satu tempat yang sama. Satu persatu akan pergi meninggalkan kuasanya samaada dengan cara terhormat ataupun dengan cara terkeji. 

Tolong hormati perasaan orang lain jika kita ingin dihormati. Kita mungkin rasa diri kita betul walhal sebaliknya. Kita tidak berhak menutup periuk nasi orang lain kerana rezeki itu hanya Allah yang tentukan. Bak kata seorang teman " What Goes Around Comes Around" Fikir2kanlah yer.....

p/s : Hey kita belilah bukan makan free. Duit Kita tu yang buat bayar gaji uolszzzz