Tuesday, July 1, 2014

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalammualaikum semua....


Sekejap je rasanya kita kembali menjengah bulan RAMADHAN AL MUBARAK bulan yang sangat mulia, bulan yang penuh keberkatan melebihi dari bulan2 yang lain.. cehhh macam ustaz plak. 

Selain daripada menjalankan Rukun Islam Yang ke 4 iaitu ibadah Puasa di bulan ramadhan. Bulan ini juga merupakan bulan rezeki dimana semua umat islam merebut rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan. Sebagai contoh rezeki yang kita boleh nampak kebanyakan dari kita akan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual kuih dan sebagainya. Dan ganjaran yang kita tidak nampak segala amalan kebaikan yang yang kita lakukan mendapat kurnian pahala yang berganda. Tapi jangan sampai lalai dan meninggalkan ibadah puasa


Sistem pencernaan kita juga dapat berehat dan segala toksin2 dapat di nyahkan dari badan. Secara tidak langsung membantu matlamat seseorang itu bagi mendapatkan benduk badan dan berat yang ideal. (Anjasmoro mesti dah kurus sekarang ni) Dia kan nak jadi Model Victoria Secret. Selain itu faiz juga dapat manafaat lain secara tidak langsung dapat mengUPDATE skill memasak.. hahahahaha

Dalam bulan ramadhan juga terdapat Solat Terawikh yang tidak terdapat pada mana2 bulan. Cuba untuk hadir ke surau dan masjid kerana kita tidak tahu mungkin di masa akan datang kita tidak dapat merasa menjalankan ibadah sunat ini. Jangan asyik jew ke karaoke jamban itew


Dalam bulan ini juga kita dilatih supaya bersabar dan menawan nafsu dari melakukan perkara yang yang keji dan tidak diredhai. Bukan bermakna bulan lain boleh lepak2 di flat kg kolam dan lorong kg tiong ye ajasmoro hahahaha..... Nasihat khusus juga untuk mereka yang baru berumahtangga. Jangan sampai keceplosan disiang hari, nanti kena Qadha & Fidyah

"Bagi kes ini, ijma’ para ulama’ menyatakan bahawa orang yang melakukannnya wajib membayar kaffarah di samping wajib mengqadha’ puasanya. Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;
  1. Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita
  2. Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),
  3. Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras."
Al maklumlah masih panas katanya..... Sanggup Tak?

Tak lupa jugak pada sahabat-sahabat yang sedang kemaruk buat2 bersabar ye. Dah tak lama pun tarikhnya. Jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa dan menjadi berita di Muka Depan Harian Metro

Jangan Sampai Jadi Mangsa

Jadi untuk bulan yang penuh dengan berkat ini dengan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh pencipta. Selain itu  kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa amiinnnn

p/s : hey anjasmoro kita bukan ustaz segera ok




No comments:

Post a Comment