Friday, February 28, 2014

KEBAKARAN ATAU PEMBAKARAN TERBUKA

Salam Untuk Semua....

Seram sangat hari ni masa pulang untuk memnunaikan SOLAT JUMAAT katanye. Belukar di kawasan perumahan yang faiz tinggal, kini terbakar. OMG......
Risau dengan keadaan api yang sangat MARAK lalu faiz membuat panggilan kecemasan 994. Fuhhhh rupa2 faiz bukanlah the 1st caller(jadi xdapat le hadiah mcm call kuiz kat radio era.fm) dan bantuan telah pun menuju ketempat yang disebutkan.



( Asap tebal dan api mula marak)

Oleh kerana tak tahan dek asap yang sngat tebal. Maka berlarilah dengan penuh tertib menuju ke arah padang/kawasan lapang ( Flashback Ala2 formasi kebakaran masa kat sekolah dulu ) Kelibat api semakin marak. Dan Pasukan Penyelamat pun sampai dengan FIRE TRUCK nya lah. Masa ni la jugak sibuk pakcik, makcik, kak senah, kak bedah dan bagainya sibuk mengambil gambau... konon NYA nak dimuat naik dalam FACEBOOK al kesahnya.....




Kemudian di tegah oleh petugas2 BOMBA tersebut. Memandangkan kini musim panas dan kering serta angin yang agak kencang agak sukar juga untuk pasukan bomba memadamkan api. Namun sudah menjadi tugas mereka, kebakaran tersebut dapat dipadamkan beberapa minit kemudian. Punca sebenar api masih belum dapat di pastikan.


( Kebakaran telah berjaya dipadamkan )

Selesai ditempat kejadian faiz pun pulang kerumah. Alhamdullilah semua dalam keadaan baik. Cuma langsir IKEA (hahahaha....motif?) saja yang berbau asap. Tapi tidak mengapa masih ada banyak simpanan langsir IKEA yang masih belum digunakan.( Kalau x kena shopping kat IKEA lagi la)

Api semasa kecil menjadi kawan. Bila dah besar menjadi lawan. jangan melalukan aktiviti pembakaran terbuka apa lagi saja2 nak membakar. Pada semua perokok pastikan puntung rokok dipadamkan sebelum dibuang merata2.

Sentiasa berhati-hati jangan sampai api membakar diri. Jangan nak gigih sangat menjadi LILIN. ok bye..

No comments:

Post a Comment