Tuesday, April 30, 2013

POLITIK DAN POLIMIK

Setelah beberapa ketika faiz mendiamkan diri... kini hadir lagi faiz dengan story yang berunsur kenegaraan. Mungkin ada yang tidak berapa gemar dengan apa yang cuba faiz sampaikan... namun? Terpulang sebab semua orang pandai untuk menilai dan melontarkan pandangan.... itu yang dinamakan demokrasi.


Untuk kesekian kali kali nya Negara kita yang tercinta ini akan memilih pentadbir negara bagi melancarkan perjalan MALAYSIA bagi mencapai WAWASAN 2020.

Sebagai pemilih ini adalahlah pengalaman yang ke 3 bagi faiz.(Ahhhhh pastinya follower dapat mengagak usia faiz kan) Dan yang pastinya Undi itu adalah RAHSIA...


Pemerhatian faiz PRU 13 ini paling sengit berbanding dengan PRU yang telah sudah. Sokongan pengundi agak-agak samar. Apa yang pasti pemilihan telah pun bermula pada hari 30/4/2013 dan tarikh pemilihan pada 5/5/2013

Yang pasti pertempuran kali ini melibatkan beberapa silibriti seperti AJASMORO yang popular dengan Lagu JANJI PALSUMU dan Putera Gunung Jerai yg menjadi Model dalam Lagu AWAN PROPA dan Shamsiah Ku Intan yang popular dengan lagu MAWAR PUDAR WARNA... sesuai sangat...

Setelah beberapa dekad yang lepas parti kerajaan masih mendominasi tidak salah rasa nya kalau di kekalkan kerana banyak kemajuan yang dikecapi dan yang paling penting negara kita masih aman dan makmur. kita bebas untuk melakukan apa saja dendan tenteram.



Kalau dilihat senario penyokong melayu kini telah pun berpecah kepada 3 kelompok iaitu UMNO, PAS dan PKR. Ini sangat menyedihkan kerana saudara seagama saling berbalah, kafir mengkafiri dan juga menfitnah sesama sendiri.

Belajar dari sejarah yang lalu apa yang mungkin terjadi kalau kita tidak bersatu, pasti dengan mudahnya apa yang kita ada kini akan dirampas oleh orang lain dengan mudah. Memang betul adakalanya kita tidak setuju dengan sesuatu tapi tidak semestinya bila tidak suka kita  perlu berubah. Kita perbetulkanya agar kesalahan  tidak menyimpang dengan lebih jauh

Hayati bait-bait lirik ini

Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Semoga kita lebih sedar apa yang kita lakukan hari ini akan mentukan masa depan kita, keluarga. anak-anak dan sahabat handai.

P/S Pilih ikut akal jangan ikut perasaan amarah

No comments:

Post a Comment