Thursday, July 24, 2014

TRAGEDI MH370, MH17 DAN SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014

Apa khabar semua..... Masih Larat Berpuasa?
In Sya Allah hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum bulan ramadhan meninggalkan kita. Tentu semua follower faiz yang tak beberapa nak ado ni tengah sibuk menyediakan selaga persiapan raya... Tak terkecuali tiba2 gigih nak buat BISKUT RAYA untuk suami di lebaran nanti....

Kita tinggalkan sejenak pasal raya, sebab faiz nak bercerita sedikit mengenai SUKAN KOMANWEL 2014 yang berlangsung semalam di Glasgow, Scotland.... Sambutan yang di adakan sungguh meriah hingga kita boleh melupakan sebentar kedukaan yang melanda negara kita bersangkutan  Penerbangan MH 370 yang hilang & MH 17 yang ditembak jatuh puak pemisah di sempadan RUSSIA




Dalam perarakkan pasukan dari negara KOMANWEL yang berarak masuk ke stadium CELTIC PARK tiba-tiba kontinjen MALAYSIA kelihatan bersama anak kapal Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang sebenarnya juga atlit negara yang berpakaian seragam sebagai kRu kabin sebagai tanda menghormati Tragedi yang berlaku baru-baru ini.



Mereka ialah Jo Pha Som Net (berbasikal), Surizan Awang Noh dan Fatin Syafiqah Mohd Sukri (hoki wanita), Nur Fidrah Noh dan Fairoz Abd Jabal (boling padang) dan Farizal Ismail (ragbi) dan dua pegawai, Pengurus Pasukan Ragbi Mohamad Fahmy Abdul Jalil dan Press attache Malaysia Fahmi Omar.



Pasukan malaysia memakai pakaian kuning dan dilengan kiri terdapat lilitan reben hitam sebagai memperingati tragedi MH17. Jalur Gemilang juga di kibarkan separuh tiang.

Luluh hati faiz bila mengenangkan kejadian yang berlaku dan simbolik dari perarakan ini ini memberi makna serta kekuatan bagi negara kecil seperti kita untuk bangkit dari menangani tragedi yang menimpa. Apa yang berlaku sudah ditakdirkan dan tiada kuasa yang dapat menghalangnya dari dunia ini serta memberi pengajaran pada kita agar sentiasa beriman kepada yang ESA.

Ingat ini bukan tragedi untuk MALAYSIA ia juga kehilangan bagi seluruh DUNIA





Keep Flying MALAYSIA AIRLINES 

Al Fatihah pada semua mangsa yang beragama islam.....

ps/ mood sedih uollszzzz


No comments:

Post a Comment