Tuesday, April 30, 2013

POLITIK DAN POLIMIK

Setelah beberapa ketika faiz mendiamkan diri... kini hadir lagi faiz dengan story yang berunsur kenegaraan. Mungkin ada yang tidak berapa gemar dengan apa yang cuba faiz sampaikan... namun? Terpulang sebab semua orang pandai untuk menilai dan melontarkan pandangan.... itu yang dinamakan demokrasi.


Untuk kesekian kali kali nya Negara kita yang tercinta ini akan memilih pentadbir negara bagi melancarkan perjalan MALAYSIA bagi mencapai WAWASAN 2020.

Sebagai pemilih ini adalahlah pengalaman yang ke 3 bagi faiz.(Ahhhhh pastinya follower dapat mengagak usia faiz kan) Dan yang pastinya Undi itu adalah RAHSIA...


Pemerhatian faiz PRU 13 ini paling sengit berbanding dengan PRU yang telah sudah. Sokongan pengundi agak-agak samar. Apa yang pasti pemilihan telah pun bermula pada hari 30/4/2013 dan tarikh pemilihan pada 5/5/2013

Yang pasti pertempuran kali ini melibatkan beberapa silibriti seperti AJASMORO yang popular dengan Lagu JANJI PALSUMU dan Putera Gunung Jerai yg menjadi Model dalam Lagu AWAN PROPA dan Shamsiah Ku Intan yang popular dengan lagu MAWAR PUDAR WARNA... sesuai sangat...

Setelah beberapa dekad yang lepas parti kerajaan masih mendominasi tidak salah rasa nya kalau di kekalkan kerana banyak kemajuan yang dikecapi dan yang paling penting negara kita masih aman dan makmur. kita bebas untuk melakukan apa saja dendan tenteram.



Kalau dilihat senario penyokong melayu kini telah pun berpecah kepada 3 kelompok iaitu UMNO, PAS dan PKR. Ini sangat menyedihkan kerana saudara seagama saling berbalah, kafir mengkafiri dan juga menfitnah sesama sendiri.

Belajar dari sejarah yang lalu apa yang mungkin terjadi kalau kita tidak bersatu, pasti dengan mudahnya apa yang kita ada kini akan dirampas oleh orang lain dengan mudah. Memang betul adakalanya kita tidak setuju dengan sesuatu tapi tidak semestinya bila tidak suka kita  perlu berubah. Kita perbetulkanya agar kesalahan  tidak menyimpang dengan lebih jauh

Hayati bait-bait lirik ini

Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Semoga kita lebih sedar apa yang kita lakukan hari ini akan mentukan masa depan kita, keluarga. anak-anak dan sahabat handai.

P/S Pilih ikut akal jangan ikut perasaan amarah

Wednesday, January 16, 2013

MARI BELAJAR MEMASAK

Listen..... Listen.... Listen
(Fenomena katanya)

Pada semua pembaca... xpayah susah nak memikirkan apa yang hendak dilakukan, jangan pening2, jangan mak esah sangat dan yang paling penting jangan KPOP sangat all that you have to do read read read (yang read nye pown) Walaupun faiz tahu ader kengkawan gigih nak jadi wartawan PROPA... walaupun tidak mampoooo dan tulisan nya BURUK ... hahahah larikkkkk



Huuuhhhhhhh....
Oklah takmau gossip, takmau segala bagai..... kali nie faiz nak sharing sesuatu yang berguna untuk follower semua.

Apa? Berita Panazz! No no no..... bukan PROPA ok ini kenyataan .... huhuhuhu... mentang2lah faiz selalu bergossip uolszzz summed gossip jerk kan #sentap tau.... mak jermah sangat.....

Kali nie faiz nak ajar semua memasak...... bukan masak air ok.... jauh sekali KOPI KAPAL API ...... tapi sejenis kuih warisan.... So boleh lah untuk dihidangankan bersama KOPI nye pown sambil layan Drama Setia Hujung Nyawa petang2 ni.







KUIH KERIA KPOP

500gm Keledek
1 Cawan Tepung Gandum
Sedikit Garam

1 Cawan Gula Kerek, Gula Melaka atau Course Sugar.... Jangan Gula2 Sudah
1/2 Cawan Air Pergunungan
( Senang je bahan2 dia kan.....)

Keledek potong sederhana supaya mudah empuk..... kalau nak masukan sebiji2 pown boleh tapi kalau xmasak nanti hempok atas kepala kau...... rebus dalam air dengan sedikit garam. Kalau xder garam pi beli kat kedai ok...

Bila dah empuk buang kulit dan lenyekkan serta gaul dengan tepung gandum sampai sebati menjadi adunan. Kalau nak kulit cantek dan gebu boleh ajek TEPEK kat muka sikit... tapi jangan pulak dibuat kuih lepas tu....


Bentukkan macam DONAT ( adek2 yang donat tu mesti pandai buat) kemudian goreng.  




Tau tak nak goreng macam mana..... sampai warnanya kuning kemasan.... 


Toskan Minyak. Dalam kuali lain cairkan gula dan masukkan air bila dah berbuih uolszzzz masukan kuig yang siap digoreng tadi. Kacau sampai gulanya melekat.



Bila sejuk boleh lah makan.... yang mana ada banyak stok FISH tu kena buat banyak sikit...... takut xcukup pulak, sebab dijamin sedap.... tak perlu DRAG bagai.... gunakan pelaris nie jer... confirm laku. Yang mana verangan foo key ORI tu kena la pandai masak jugak.... kalau tak nanti (M) MILIK uolszzz melepas kat orang lain....nanti meroyan pulak..... itu jer yang nak cakap kan pown...


p/s Bali tu bukan kat thailand ke...... hahahahahahaha....hahahahahah... lawak2






 

Monday, December 31, 2012

ENTRY TERAKHIR TAHUN INI


Dum>>>> Dum>>>>Dum>>>>

Curlass kau jahhhh..... katenye..... Memetik POST STATUS seseorang

Selamat Jalan Kasih 2012
Selamat Datang Sayang 2013
Yang Datang Jadikan Cabaran
Yang Lama Jadikan Pedoman

Hayooo.... suka sangat dengan kata-kata pujangga seperti ini walaupun nan ado. Seharusnya dicarutkan kalau masih lagi bersiaran dalam LAMAN SESIAL itew..... Kalau buka MUKA BUKU itu tak habis2 status update yang gigih mengucapkan TAHUN BARU.... xketinggalan juga faiz gitewwww.......


 Giteww.... Azam No 1 xtahan...

Tidak dilupa juga dengan status2 mengenai AZAM yang tercapai dan juga AZAM yang terbengkalai.... mampoooooo..... (walhal azam itew sudah lama berkubur) ditambah lagi dengan insan jugak nak meng CREATE azam baru yang ADO.... huhhhhhhh sukalahhhhhhhh......

Tahun 2012 merupakan tahun cuti2 bagi faiz dan banyak giler percutian yang faiz sudah pergi samaada di dalam dan luar negara(tunggu enty sorotan cuti2 tahun 2012 nanti). Ada  diantaranya tak pernah termimpi ataupun ala2 seakan akan mimpi dan insyallah banyak lagi percutian yang akan datang pada tahun 2013.


Harus Naik Kapal Terbang Merah Ni Lagi.... Nak Merayap

Bagi faiz banyak benda yang belaku di sepanjang tahun 2012 ini adakalanya tidak dijangka namun ianya hadir tanpa dipinta ( makan hati pulak si anjasmoro ) jadi adakalanya faiz terfikir perancangan itu perlu tapi jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu .....


Kehadiran Nya Menjadi Tanda Tanya Pada Seseorang



Ukur baju di badan sendiri, Ikut kemampuan sendiri, sekali kecewa merana diri...... bye2 Selamat Tahun Baru... Semoga Kehadiran 2013 Ini menjadi titik tolak kepada perubahan yang besar.....


Dum>>>>>>>Dum>>>>>>>DUM>>>>>>>> Bunga Api La Konon.......
ps : Hey Anjasmoro kau Jangan buat Baby New Year pulak ekkk...

Thursday, December 20, 2012

TARIKH CUN 20122012

Satu Kali Seumur Hidup 20:12:2012

Salam semua..... Bz lately xsempat nak update blog... Mcm biasa bila hujung tahun datang banyak lah program2 yang nak dibereskan.....

Cerita pasal hari nie..... Memang cantek sangat tarikh yang kita akan jumpa sekali je seumur hidup.... Melainkan kalau uolszzz mampu hidup lama...... Hahahahhaha.....

Tak pelik la kalau ada majlis pertuanangan,  majlis kawin hari nie ataupun baby yang dipaksa keluar semata2 nak tarikh yang cunnn nie.....

Pada faiz apa pun tarikh yang mendatang xkisahlah susunan dia cun atau tidak semuanya sangat memberi erti kerana masa yang terlepas mustahil untuk di undur semula........

p/s : thanks pada AJASMORO yang postkan kek lapis dan ikan terubuk pada tarikh istimewa hari nie.... Sangat terharu...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 15, 2012

MAAL HIJRAH

Salam Maal hijrah 1434 bagi semua pengikut blog faiz ini......
Moga moga kehadiran tahun baru hijrah yang mendatang akan lebih baik dari yang sebelumnya insyallah

 Sinonim Bagi Kita Kan (Vintage)

Awal muharam atau maal hijrah merupakan merupakan peristiwa yang paling penting bagi kita dimana perpindahan nabi junjungan dari mekah ke kota madinah. ( Sepintas lalu)

Dalam tahun hijrah rasanya makin cepat berlalu masa itu kan.....
Bila difikirkan masih banyak lagi yang masih belum faiz capai dan masa terus ajer berlalu meninggalkan kita tanpa menoleh kebelakang.....

Adalakalanya rasa seperti ingin ke masa lampau dan memperbetulkan segala yang kita termiss lakukan tapi bukan manusia namanya jika tidak terkhilaf betul tak? Ada juga yang katanya telah pun berhijrah menjadi sesuatu yang lebih baik namun yang ADO...... fikir2kan yer......

Ada juga yang telah diuji dengan pelbaga musibah.. namun masih juga tidak menyesali segala perbuatan dan semakin gigih melawan takdir...... ( ermmm hanya empunya diri saja yang tahu....) Masa dalam kesusahan barulah teringat dengan dosa2 yang lalu namum bila sembuh maka kembali kepada fitrahnya...



Bukan tujuan faiz untuk menuding jari pada sesiapa apa lagi untuk membuktikan yang faiz ini di kalangan orang yang baik. Cuma faiz suka berkongsi dan mengigati diri sendiri. Diharap tidak ada yang berkecil hati dengan entry kali ini ( So What? Who Cares)

p/s "Barang siapa yang mengigati sesama saudara muslim tentang bulan sya'aban maka diharamkan dirinya dijamah oleh api neraka"

Wednesday, October 31, 2012

ITU AJER AKU NAK CAKAP KAT KAU

Salam semua.......
Agak lama juga faiz tidak bersiaran memandangkan kekangan masa yang tidak dapat digambarkan. Namun masih belum terlambat rasanya untuk faiz mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Matilah kena carutttt sebab lambat wat entry raya qurban

Namun ada story yang faiz nak kongsikan dan meluahkan perasaan dalam laman blog peribadi ini tentang satu kisah yang membuatkan diri rasa sentap dan ingin mencarutkan si pelaku itu.... walaupun faiz dah janji tak nak bermolot puaka disebabkan takut mulut akan berulat ala2 cerita cerekarama ahad lepas dalam ANUGERAH SKRIN gitewwww...

Drama realiti ni berlaku masa faiz nak menyelesaikan urusan perbankan di kawasan jalan Hang Tuah (Berdekatan denga UTC lah Uolszzzz) sebelum masuk dalam bank tersebut terlihatlah satu kelibat seorang wanita berhijab (lingkungan umur 28-35tahun kot sebab malas pulak nak amik statement dia) sedang meminta DERMA dengan setiap orang yang lalu lalang keluar masuk dari bank M bukan nama sebenar (M la sangat)

Selepas selesai urusan, faiz pun cuba keluar dari kawasan bank tersebut tetapi berjaya dihalang oleh wanita (Nama Samaran : Foo Key) tersebut.... ayat dia mcm nie:-

Foo Key : Bang bagi DERMA
Me : Owh tak mengapalah.......
(Tiba2 dia menjerit...... macam orang kena sawan)
Foo Key: Ya Allah........ Ini derma untuk anak Yatim, tidak kasihan ke pada mereka? Kenapa kata tidak? Anak Yatim Ni...... bla..bla..bla....
Me : (Terasa menyirap) Tak pe kak Kalau saya nak DERMA saya lebih suka ke sumber yang lebih selamat
(Kemudian terus blah dan bila toleh dia membebelkan sesuatu, butiranya faiz tidak pasti sebab takut jadi fitnah pula kan so faiz ignorekan bab tu)

Kira bernasib baiklah jugak faiz tak carutkan dia kat situ memandangkan ada orang perasan semasa si Foo Key tu menjerit. Agak2 nya kalau mood faiz xelok mesti confirm kena LASER kann...... ( yang lasernye pownnn)

Bila sampai kereta faiz tunggu dalam dan tinjau lagi wanita tersebut. Ternyata ramai jugak yang tidak mengendahkannya mungkin mereka juga tidak berapa percaya dengan penampilan wanita tersebut. Ini rasanya kali pertama faiz kena carut tentang bab2 DERMA ni. Nampak sangat dia ada AGENDA tersendiri. Sebab kalau orang nak yang menderma itu perlu IKHLAS... bukan dengan cara PAKSAAN dan MENETAP kan jumlah yang perlu diderma.




So, kesimpulan dari cerita ini. Faiz rasa kesal dengan apa yang terjadi bila MANUSIA menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Kalau tengok cara ini yang digunakan untuk cari REZEKI sampai bila2 pun tak akan senang kehidupan.Tapi mesti ada yang akan kata faiz berkira nak melakukan kebaikan, Penampilan dia memang sangat MENCURIGAKAN dan tidak mustahil dalang kepada SINDIKIT PENIPUAN.

ps: Satu lagi sindikit yang menggunakan pelajar2 TAHFIZ ni meminta DERMA sangat tidak bagus, kesian kadang2 melihatkan budak2 yang sepatutnya belajar tapi kena cari sumber pendapatan untuk kepentingan orang lain... ITU AJE YANG AKU NAK CAKAPKAN