Monday, December 31, 2012

ENTRY TERAKHIR TAHUN INI


Dum>>>> Dum>>>>Dum>>>>

Curlass kau jahhhh..... katenye..... Memetik POST STATUS seseorang

Selamat Jalan Kasih 2012
Selamat Datang Sayang 2013
Yang Datang Jadikan Cabaran
Yang Lama Jadikan Pedoman

Hayooo.... suka sangat dengan kata-kata pujangga seperti ini walaupun nan ado. Seharusnya dicarutkan kalau masih lagi bersiaran dalam LAMAN SESIAL itew..... Kalau buka MUKA BUKU itu tak habis2 status update yang gigih mengucapkan TAHUN BARU.... xketinggalan juga faiz gitewwww.......


 Giteww.... Azam No 1 xtahan...

Tidak dilupa juga dengan status2 mengenai AZAM yang tercapai dan juga AZAM yang terbengkalai.... mampoooooo..... (walhal azam itew sudah lama berkubur) ditambah lagi dengan insan jugak nak meng CREATE azam baru yang ADO.... huhhhhhhh sukalahhhhhhhh......

Tahun 2012 merupakan tahun cuti2 bagi faiz dan banyak giler percutian yang faiz sudah pergi samaada di dalam dan luar negara(tunggu enty sorotan cuti2 tahun 2012 nanti). Ada  diantaranya tak pernah termimpi ataupun ala2 seakan akan mimpi dan insyallah banyak lagi percutian yang akan datang pada tahun 2013.


Harus Naik Kapal Terbang Merah Ni Lagi.... Nak Merayap

Bagi faiz banyak benda yang belaku di sepanjang tahun 2012 ini adakalanya tidak dijangka namun ianya hadir tanpa dipinta ( makan hati pulak si anjasmoro ) jadi adakalanya faiz terfikir perancangan itu perlu tapi jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu .....


Kehadiran Nya Menjadi Tanda Tanya Pada Seseorang



Ukur baju di badan sendiri, Ikut kemampuan sendiri, sekali kecewa merana diri...... bye2 Selamat Tahun Baru... Semoga Kehadiran 2013 Ini menjadi titik tolak kepada perubahan yang besar.....


Dum>>>>>>>Dum>>>>>>>DUM>>>>>>>> Bunga Api La Konon.......
ps : Hey Anjasmoro kau Jangan buat Baby New Year pulak ekkk...

Thursday, December 20, 2012

TARIKH CUN 20122012

Satu Kali Seumur Hidup 20:12:2012

Salam semua..... Bz lately xsempat nak update blog... Mcm biasa bila hujung tahun datang banyak lah program2 yang nak dibereskan.....

Cerita pasal hari nie..... Memang cantek sangat tarikh yang kita akan jumpa sekali je seumur hidup.... Melainkan kalau uolszzz mampu hidup lama...... Hahahahhaha.....

Tak pelik la kalau ada majlis pertuanangan,  majlis kawin hari nie ataupun baby yang dipaksa keluar semata2 nak tarikh yang cunnn nie.....

Pada faiz apa pun tarikh yang mendatang xkisahlah susunan dia cun atau tidak semuanya sangat memberi erti kerana masa yang terlepas mustahil untuk di undur semula........

p/s : thanks pada AJASMORO yang postkan kek lapis dan ikan terubuk pada tarikh istimewa hari nie.... Sangat terharu...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 15, 2012

MAAL HIJRAH

Salam Maal hijrah 1434 bagi semua pengikut blog faiz ini......
Moga moga kehadiran tahun baru hijrah yang mendatang akan lebih baik dari yang sebelumnya insyallah

 Sinonim Bagi Kita Kan (Vintage)

Awal muharam atau maal hijrah merupakan merupakan peristiwa yang paling penting bagi kita dimana perpindahan nabi junjungan dari mekah ke kota madinah. ( Sepintas lalu)

Dalam tahun hijrah rasanya makin cepat berlalu masa itu kan.....
Bila difikirkan masih banyak lagi yang masih belum faiz capai dan masa terus ajer berlalu meninggalkan kita tanpa menoleh kebelakang.....

Adalakalanya rasa seperti ingin ke masa lampau dan memperbetulkan segala yang kita termiss lakukan tapi bukan manusia namanya jika tidak terkhilaf betul tak? Ada juga yang katanya telah pun berhijrah menjadi sesuatu yang lebih baik namun yang ADO...... fikir2kan yer......

Ada juga yang telah diuji dengan pelbaga musibah.. namun masih juga tidak menyesali segala perbuatan dan semakin gigih melawan takdir...... ( ermmm hanya empunya diri saja yang tahu....) Masa dalam kesusahan barulah teringat dengan dosa2 yang lalu namum bila sembuh maka kembali kepada fitrahnya...



Bukan tujuan faiz untuk menuding jari pada sesiapa apa lagi untuk membuktikan yang faiz ini di kalangan orang yang baik. Cuma faiz suka berkongsi dan mengigati diri sendiri. Diharap tidak ada yang berkecil hati dengan entry kali ini ( So What? Who Cares)

p/s "Barang siapa yang mengigati sesama saudara muslim tentang bulan sya'aban maka diharamkan dirinya dijamah oleh api neraka"

Wednesday, October 31, 2012

ITU AJER AKU NAK CAKAP KAT KAU

Salam semua.......
Agak lama juga faiz tidak bersiaran memandangkan kekangan masa yang tidak dapat digambarkan. Namun masih belum terlambat rasanya untuk faiz mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Matilah kena carutttt sebab lambat wat entry raya qurban

Namun ada story yang faiz nak kongsikan dan meluahkan perasaan dalam laman blog peribadi ini tentang satu kisah yang membuatkan diri rasa sentap dan ingin mencarutkan si pelaku itu.... walaupun faiz dah janji tak nak bermolot puaka disebabkan takut mulut akan berulat ala2 cerita cerekarama ahad lepas dalam ANUGERAH SKRIN gitewwww...

Drama realiti ni berlaku masa faiz nak menyelesaikan urusan perbankan di kawasan jalan Hang Tuah (Berdekatan denga UTC lah Uolszzzz) sebelum masuk dalam bank tersebut terlihatlah satu kelibat seorang wanita berhijab (lingkungan umur 28-35tahun kot sebab malas pulak nak amik statement dia) sedang meminta DERMA dengan setiap orang yang lalu lalang keluar masuk dari bank M bukan nama sebenar (M la sangat)

Selepas selesai urusan, faiz pun cuba keluar dari kawasan bank tersebut tetapi berjaya dihalang oleh wanita (Nama Samaran : Foo Key) tersebut.... ayat dia mcm nie:-

Foo Key : Bang bagi DERMA
Me : Owh tak mengapalah.......
(Tiba2 dia menjerit...... macam orang kena sawan)
Foo Key: Ya Allah........ Ini derma untuk anak Yatim, tidak kasihan ke pada mereka? Kenapa kata tidak? Anak Yatim Ni...... bla..bla..bla....
Me : (Terasa menyirap) Tak pe kak Kalau saya nak DERMA saya lebih suka ke sumber yang lebih selamat
(Kemudian terus blah dan bila toleh dia membebelkan sesuatu, butiranya faiz tidak pasti sebab takut jadi fitnah pula kan so faiz ignorekan bab tu)

Kira bernasib baiklah jugak faiz tak carutkan dia kat situ memandangkan ada orang perasan semasa si Foo Key tu menjerit. Agak2 nya kalau mood faiz xelok mesti confirm kena LASER kann...... ( yang lasernye pownnn)

Bila sampai kereta faiz tunggu dalam dan tinjau lagi wanita tersebut. Ternyata ramai jugak yang tidak mengendahkannya mungkin mereka juga tidak berapa percaya dengan penampilan wanita tersebut. Ini rasanya kali pertama faiz kena carut tentang bab2 DERMA ni. Nampak sangat dia ada AGENDA tersendiri. Sebab kalau orang nak yang menderma itu perlu IKHLAS... bukan dengan cara PAKSAAN dan MENETAP kan jumlah yang perlu diderma.




So, kesimpulan dari cerita ini. Faiz rasa kesal dengan apa yang terjadi bila MANUSIA menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Kalau tengok cara ini yang digunakan untuk cari REZEKI sampai bila2 pun tak akan senang kehidupan.Tapi mesti ada yang akan kata faiz berkira nak melakukan kebaikan, Penampilan dia memang sangat MENCURIGAKAN dan tidak mustahil dalang kepada SINDIKIT PENIPUAN.

ps: Satu lagi sindikit yang menggunakan pelajar2 TAHFIZ ni meminta DERMA sangat tidak bagus, kesian kadang2 melihatkan budak2 yang sepatutnya belajar tapi kena cari sumber pendapatan untuk kepentingan orang lain... ITU AJE YANG AKU NAK CAKAPKAN





Sunday, August 19, 2012

SALAM LEBARAN

اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدِ

Alhamdulillah terasa seperti sebentar sahaja ramadhan datang kini ianya akan berlalu pergi menggantikan syawal yang membawa sejuta keberkatan 



Dari semalam faiz dah sibuk menyediakan juadah bagi menyambut lebaran dilakukan. hingga terkucil juga hari terakhir namun dek tekad dan azam digigihkan la jugak menghabiskan puasa.

Lepas diumumkan aidilfitri akan disambut pada 19 Aug 2012 maka bertalu2 sms, whataspss masengger, facebook update dan juga BBM (ahai.... saja nak promote la tue) masuk dalam hp blackberry curve ini.


Dalam kesibukan itu sempat juga menjegah dan menggedikkan diri di bazaar ramadhan yang trkenal di negeri warisan dunia itew... terletaknya di Magnolia Garden City (Taman Cempaka) xgitewwwww....






Inilah gambaran bagi yang tak pernah berkunjung di bazaar ramadhan tempat faiz ini yang menjual pelbagai kelengkapan untuk berhari raya dari sekecil2 hinggalah sebesar2nya. (Baju melayu dan tudung juga banyak dijual disini... xperlu nak ke KL mcm anjasmoro)


Berbelanjalah dengan berhemah sebab gaji bulan depan lambat lagi yea... (lainlah kalau berlaki kan PILOT) esok2 nganga lah kalau xder duit. tak pasal2 kena buat kerja part time kat flat...larikkkk hahahahahaha


Jadi dengan ini faiz ingin mengucapkan :>






Bagi lisanku yang tidak terjaga..janjiku yg terabai..hati yg berprangsaka..sifat yg pernah menyaktkn hati..ku pohon keampunan yg tulus dn ikhlas..  pada semua pembaca blog ini    
  شلآمت هاري راي 

عيدالفطري.معاف ظاهير دان باطين..


Ikhlas dr, Faiz the propah

Pada sahabat faiz yang ada nun jauh di pantai timur semoga berbahagia bersama suami tercinta... walaupun nan ado. Maaf raya rumah faiz xder ayam belanda macam raya rumah kau masa bulan 12 tu.....

Pada rakan baik faiz juga yang ada di utara, walaupun raya hang bulan 9 jangan risau hang boleh datang raya rumah aku dulu ya.... sebab kita kan 1malaysia... 

Untuk kak shila pula..... semoga bertemu jodoh, biar cepat2 sikit hilang meroyan kau tu

Untuk sistors yang kena bekerja di hari raya ini. Selamat bertugas yea...... kalau korang xkerja mati pulak orang tak dapat makan... tak gitewww

Walaupun apa saja yang korang lakukan faiz akan cuba menjadi sahabat yang terbaik buat kamu semua..


p/s: entry faiz yang paling propa kann.....

Tuesday, August 14, 2012

PERKEMBANGAN TERKINI

Salam Ramadhan semua.....

Bulan Poser Nie Entry Pun Kureng Sket..... bukan malas cuma malas nak caroootkan orang coz nanti pahala poser jadi kureng........ so untuk bulan edisi istimewa nie xder sentiment sentap ataupun meroyan dalam blog ini occay.....

Alhamdulilah walaupun dah nak masuk 26 ramadhan dengan izinNYA masih belum ada satu hari pun yang faiz terkucil pose.... dan di bulan yang mulia nie juga seorang sahabat yang dah terbuka hati untuk menutup auratnya..... syukur

Cute Tak

Cuma anjasmoro ajer tak tau lagi bila nak INSAF walaupun pada dasarnya dia dia seorang USTAZAH. Tapi biarlah dia bahagia bersama amalannya.

Kabarnya mencari tudung sampai ke KUALA LUMPUR gigih naik MAS. Kenapa kat DARUL IMAN tu dah xjual tudung lagi ke? Alasan kan....

Tak lupa juga ada sahabat yang gigih mencaras perniagaan KUIH RAYA yang dulunya dimonopoli oleh faiz kini telahpun dijalankan secara meluas di ceruk sana... gitewwww


Gitewww

Tapi tidak mengapalah kerana rezeki yang ESA itu ada dimana2 kan. Kalau GIGIH berusaha maka banyaklah habuan nya.... kalau asyik meroyan kat FB 24/7 dengan status yang propa apa pun tak boleh kannn.

Cuma yang semakin menjadi pelik tahap meroyan si ZUB nie semakin menjadi2 selepas membawa ULAT naik AIR ASIA..... adakah kerana termakan kakak2 semasa di KK.....


Verangan...... Ouchhh.......
(Ihsan dari fb)


Adakah Ambiga Milik Kamu? Larikkkkk

Ermmmm..... macam2 lah kan. Namun yang penting asal korang gembira sudah. Tak kisahlah berhijab ke? Propa Ke? Meroyan atau Mencaras.... faiz akan sentiasa meyokong dari depan.... belakang tak boleh occay...

p/s : Terharu bila dapat tahu ada BFF yang send kad raya. Terasa syahdu suuuuudddeeehhhhhh