Sunday, February 9, 2014

HELLO..... PLEASE GIVE SOME RESPECT

Salam Semua.......
Apa khabar semua...... Makin Lama Makin Malas Pulak Nak Bersiaran....
Tapi rindu pulak nak menCharowt......



Hari ni faiz nak share sedikit pasal attitude beberapa orang manusia yang mula lupa diri. Tujuan sebenar faiz bukan untuk mengaibkan ataupun menyindir seseorang cuma memberi sedikit teguran dengan cara yang halus ( walaupun mampu charotkan dia lebih dari itew ) 


وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الأرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولا
SURAT 17. AL ISRAA' 37
Maksudnya 
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak sampai setinggi gunung

Dalam hal ini kadang2 kita selalu khilaf dengan sedikit kuasa atau pangkat yang kita ada untuk bermegah2. Walaupun suatu ketika dulu kita datang dan bermula dari bawah bersama. Cuma yang masa yang membezakan rezeki masing2. Alhamdullilah

Sekelumit pun tiada dalam hati faiz untuk cemburu apa lagi bersangka buruk pada orang lain. Tapi yang pelik dan jeliknya masih ada lagi yang tidak berpuas hati dan membuat fitnah tentang perkara yang tidak benar. Mereka ini merasakan satu ancaman jika faiz berada dikelompok mereka kerana takut dengan bayang2 silam ( hahahahahahha... ketawa keji )

A011
Surah Al Qalam Ayat 11

Maksudnya
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),

Please lah.... Kuasa itu tidak kemana. Dari pengalaman yang lepas orang yg chenggini xlama berada dalam satu tempat yang sama. Satu persatu akan pergi meninggalkan kuasanya samaada dengan cara terhormat ataupun dengan cara terkeji. 

Tolong hormati perasaan orang lain jika kita ingin dihormati. Kita mungkin rasa diri kita betul walhal sebaliknya. Kita tidak berhak menutup periuk nasi orang lain kerana rezeki itu hanya Allah yang tentukan. Bak kata seorang teman " What Goes Around Comes Around" Fikir2kanlah yer.....

p/s : Hey kita belilah bukan makan free. Duit Kita tu yang buat bayar gaji uolszzzz

Tuesday, December 31, 2013

MY LIFE MY RULES

Assalamualaikum dan Hai Semua....



Mesti semua tak sabar dan menunggu2 entri terakhir bagi tahun 2013 yang akan faiz HIGHLIGHTkan (boleh jangan perasan tak blog kau nie xder follower ok hahahaha) Macam biasa bisa sebelum sistem menjadi corrupted dan sesak dengan Ucapan tahun baru faiz ada sedikit bingkisan charotss untuk uollszzz semua.

Well selalunya bila masuk tahu baru je. ramai yang nak wish Happy New Year lah konon. Padahal New Year bagi kita umat islam adalah mengikut Kalendar Hijrah (kecuali Anjasmoro) namun dek terbiasa menggunakan kalendar masihi so I FOLLOW jer la. Maka berbondong2 mesej, whatapss, yahoo massenger dan yang paling popular menggunakan facebook akan memenuhi inbox smartphone ataupun gadget uolszzzz

Perkara yang selalunya menjadi kemestian adalah AZAM BARU. Errmmmm beriaya2 kadang2 mencipta azam baru. Sepantas masa berlalu dan masuk tahun baru namun azam lama masih tidak tercapai dan tambah pulak azam baru 2014 mcm SKT kalau tidak tercapai perfomance kira tak bagus la kan .... tak gitewwww


Kadang2 tak rancang pun tetiba bila berceloteh terkeluar jugak azam palsu bila si kiah bertanya. Tapi nampaknya di kalangan sahabat faiz sudah pun mencapai Azam mereka... tahniah yekkk.... Pada faiz senang je teruskan hidup dan jangan menjadi hipokrit. Memang diakui bertahun2 membuat azam baru dan cuba untuk laksanakan tapi bila tak dapat capai kita GO ON dengan azam baru seiringan.


Faiz berharap Azam yang di tanam tahun 2014 ini akan tercapai. Apa azam nya biarkalah faiz rahsiakan dulu (sebenarnya tak fikir lansung pun) biarkan ianya menjadi SURPRISE ......Senang dengan kehidupan sekarang dan sedikit pun tidak menjadi punca kesusahan bagi orang lain kecuali  mahluk yang punyai hasad dengki. Faiz besyukur dikurniakan sahabat yang baik disisi. Sorotan tahun 2013 buat faiz tidak kurang hebatnya. Boleh dikatakan tahun rezeki dan banyak perkara yang menyenangkan berlaku. Banyak destinasi everybody can fly yang dapat faiz lawati dan berharap banyak lagi destinasi yang dapat faiz jelajahi...... ISTANBUL AKU DATANG kalau si verangan lissa surihanjjj nya pownnn



p/s : Anjasmoro nampak nya hanya tinggal kita berdua jek yang masih melets. tahun depan kita buat sale penghabisan stok 90%  supaya laku


Saturday, November 30, 2013

BERUBAH UNTUK YANG LEBIH BAIK

Hai alllzzz i m back.....


Terkejut Kita Wak.....

Mesti semua orang tertanya-tanya kemanakah hilangnya si MOLOT PUAKA ini... well masih ada cuma jari-jari jahat ini macam malas nak menaip walaupun banyak cerita baru yang nak distory mory kan.

Adapun kesepatan menulis blog menjadi terbantut dek si bawang yang telah merampas PC faiz di office kerana nak berpesbook ( kau jangan ingat aku tak tahu tau ye bawang) tapi kita lupakan si bawang dan berbalik pada tajuk yang faiz higlightkan

Percutian Di Sebuah Pulau Rahsia

Lepas pulang dari percutian ( di sebuah kepulauan rahsia ) yang lepas KONON nya team sesama belajar yang pergi melahar tu semuanya nak memulakan hidup yang baru. Cuba menjadi yang lebih baik katanya. Alhamdulilah... harapan faiz biarlah betul-betul menjadi kenyataan sebab bila terlalu banyak sangat PROPA takut nanti keluar pulak di muka depan HARIAN METRO nanti... oh please...

Simbolik Sangat Kan....

Perubahan atau hijrah dalam erti kata lain memang bagus. Tak kisahlah kalau dulu pela sekarang nak jadi ustazah... ataupun dulu sale dalam malaysia ajer tapi kini dah melebarkan punggung oppssss.... perniagaan hingga ke luar negara ( walaupun hanya ke negara jiran ) kira dah upgrade la itewww....

Perniagaan Baru Anjasmoro Kini Merentasi Pukiesari

Tapi yang lebih peliknya ada juga yang telah menikmati kehidupan bahagia sementara ini, cuba pula berbanga dan bermegah. Merendah serta bersangka buruk pada yang insan yang sedang di uji oleh yang maha kuasa. Apa saja yang kita lakukan kena jujur. Bukan saja lakukan sesuatu itu sekadar menutup kelemahan diri dan akhirnya menyusahkan diri dan orang lain. Faiz sentiasa mendoakan kebahagian pada semua sahabat yang telahpun menjalani fasa kehidupan baru semoga kamu semua mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Faiz percaya akan sampai juga detik waktu yang ditentukan.... cuma masa yang menentukan dan faiz redha dengan ujian dari Nya....



P/S : Tak sabar nak tunggu trip jalan darat ke Pulau Rahsia lagi

Monday, September 30, 2013

SEMAKIN MENGHAMPIRI RANIA DIAMOND


Hey Hey Aku Tak Percaya.......





Bersawang sungguh blog ini.
Penangan FB itu sangat kuat hinggakan faiz terlupa sebentar yang faiz mempunyai blog charot ini. Kini September semakin kepenghujungnya.... Bermakna akan berakhirlah bulan kelahiran faiz.....



Yang ke berapa?

Hey choiii.... Memandai je .... Suka Charottt kan kita tau..... Kita baru masuk 27 lah wak..
( sambil mata memandang ke atas dan jari kebahu)



Alhamdullilah syukur kehadrat Ilahi faiz diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak putus2 walaupun tergolong dalam orang yang banyak berhutang dengan bank dan diberi amaran oleh bahagian pengurusan akibat keberhutangan yang serius hahahahahaha.....


Thanks Awak..

Memang tiada sambutan yang serius atau bilangan hadiah yang banyak bagi meraikan hari yang hadirnya untuk kesekian kali. Namun tiada apa yang lebih bermakna selain daripada ucapan tanda ingatan yang fai terima tidak henti melalui sms dan juga laman sosial.... TQ uolszzzzz....

P/S : selalu buat kek untuk orang. tapi xpernah buat untuk diri sendiri


Wednesday, August 7, 2013

PERUTUSAN AIDILFITRI

Assalammualaikum......


Dengar2 itu beduk telah berbunyi... Sebulan puasa tamatlah hari ini ...... gitewww lagunya.... menunjukkan selesai sudah kita menjalani selama sebulan. Harap2 reader semua berjaya melawan nafsu dan menjalani ibadah dengan penuh keimanan....... kalau kaum hawa tu mungkin boleh diberi excused tapi yang feeling hawa tu tak tahula kan....

Mungkin masa ni semua persiapan bagi menyambut syawal telah dilakukan hampir 100%. Kalau masih belum cukup sempat lagi nak catwalk di bazaar2 yang pastinya akan mengadakan sales giler2 semperna malam penghabisan stok....


Curlasss Kan VS ke?

Tak lupa juga pada kawan2 yang dalam perjalan menuju ke kampung halaman dan desa tercinta selamat pelang berhari raya. Pandu dengan berhati2 dan rehat sebentar kalau penat.



Ermmm pada rakan yang gigih beraya bersama laki. Jangan feeling sangat itu je yang nak dikatakan. Kerana yang indah itu hanyalah sementara.....



Untuk itu.. di kesempatan ini ingin faiz meyusun 10jari memohon kemaafan pada semua peminat, follower, musuh dalam selimut, mak esah, sahabat, rakan2 dari utara hingga pantai timur.... Asia hinggalah Eropah
sekiranya disepanjang perkenalan kita ada kesilapan , terCAROT, terLASER atau terkritik lebih sangat hinggakan ada yang tergiris dan terasa hati. Ampun maaf dipinta...

Selamat Hari Raya........


Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI

Assalammualaikum...... Semua



Tiba-tiba je faiz meringankan tangan untuk menulis untuk semua follower bukan sebab nak bergosip. Tapi nak memeriahkan lagi kedatangan penghulu segala bulan iaitu Ramadhan bagi 1434 Hijrah .... ah lan wasahlan ya ramadhan.... alhamdulililah syukur kehadrat ilahi dapat lagi faiz bertemu dengan bulan yang mulia ini.



Jangan Lupa Pergi Terawih Ok Bukan Pusat Karaoke

Pada semua pembaca blog faiz ni... rebutlah peluang dibulan yang penuh keberkatan ini dengan membuat amal ibadah, top up apa yang patut dan kurangkan bergosip.... renung-renungkan dan selamat beramal....

Jangan pula dikatakan xboleh berpuasa sedangkan sudah terang-terang lagi bersuluh kat bawah tu terung belanda bukan kepah occay.... opssssss


Sebagai Rujukkan Uolszz

Petang ni dah boleh mula membaca niat berpuasa bagi sebulan. Tapi digalakkan kita membaca niat puasa semasa bersahur.

Bagi yang nak bersedekah dalam bulan ramadhan ni jangan lupa ek jemput faiz datang berbuka puasa memandangkan faiz masih solo ( hahahah motif pergi siam minggu lepas kata anjasmoro ).

Mesti uolszzz semua dah set kat mana nak berbuka sepanjang bulan ramadhan ni kan.... ingat jangan membazir dibulan puasa. Oklah dengan sengan senang hatinya  faiz lampirkan waktu berbuka puasa untuk semua pembaca.... selamat berpuasa...


 Nie Untuk Kawasan Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah aje .......

Thursday, June 6, 2013

DIVA SENDU

Salam bersiaran lagi.....
Apa.... Carut lagi..... sabauuuu... bak kata orang kita.....




Kenapa tajuknya sendu..... alahai... kalau yer pun kan.... bagilah faiz benafas sikit, kalau ada anugerah Mr & Mrs JOYAH... pasti faiz akat vote uolszzz semua....... al maklumlah masih penat lagi dari merayap di negeri kedah dan Pulau Mutiara......

Apa...... Buat apa kesini? Hayoooo gigih bertanya... tak kan lah datang sini nak berniaga... tidak sesekali uolszzzz..... saja bercuti dan dalam masa yang sama menghadiri kenduri seorang teman nun jauh disana... atau dalam erti kata lain menghadiri PERHIMPUNAN BERSIH


Dalam keseronokan iteww masih ada lagi cerita sentap yang ingin disampaikan. Gimana itewwww.... Ntahlah faiz merasakan keSENDUAN seorang bff faiz yang verangan DIVA itu semakin menjadi jadi. Kabarnya kini semakin MEROYAN dan CEPAT SENTAP mengalahkan anjasmoro nun di negeri pukiesari.


Walhal dia lah yang MEROYAN2 xmahu merayap bersama Geng2 faiz.... Katanya mau memulakan hidup baru?
Tapi Motif dia?
Mengupdate status double meaning untuk mencarutkan orang lain?

Mungkin dia kurang sedar tidakkan dia sejak kebelakangan ini sangat mengusarkan kami.semua dan sentiasa  berdoa agar dia cepat-cepat kembali kejalan yang sebenar..... walaupun kebenaran kami ini semua masih belum terbukti ITU AJER AKU NAK CAKAP PADA KAU......