Wednesday, October 31, 2012

ITU AJER AKU NAK CAKAP KAT KAU

Salam semua.......
Agak lama juga faiz tidak bersiaran memandangkan kekangan masa yang tidak dapat digambarkan. Namun masih belum terlambat rasanya untuk faiz mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Matilah kena carutttt sebab lambat wat entry raya qurban

Namun ada story yang faiz nak kongsikan dan meluahkan perasaan dalam laman blog peribadi ini tentang satu kisah yang membuatkan diri rasa sentap dan ingin mencarutkan si pelaku itu.... walaupun faiz dah janji tak nak bermolot puaka disebabkan takut mulut akan berulat ala2 cerita cerekarama ahad lepas dalam ANUGERAH SKRIN gitewwww...

Drama realiti ni berlaku masa faiz nak menyelesaikan urusan perbankan di kawasan jalan Hang Tuah (Berdekatan denga UTC lah Uolszzzz) sebelum masuk dalam bank tersebut terlihatlah satu kelibat seorang wanita berhijab (lingkungan umur 28-35tahun kot sebab malas pulak nak amik statement dia) sedang meminta DERMA dengan setiap orang yang lalu lalang keluar masuk dari bank M bukan nama sebenar (M la sangat)

Selepas selesai urusan, faiz pun cuba keluar dari kawasan bank tersebut tetapi berjaya dihalang oleh wanita (Nama Samaran : Foo Key) tersebut.... ayat dia mcm nie:-

Foo Key : Bang bagi DERMA
Me : Owh tak mengapalah.......
(Tiba2 dia menjerit...... macam orang kena sawan)
Foo Key: Ya Allah........ Ini derma untuk anak Yatim, tidak kasihan ke pada mereka? Kenapa kata tidak? Anak Yatim Ni...... bla..bla..bla....
Me : (Terasa menyirap) Tak pe kak Kalau saya nak DERMA saya lebih suka ke sumber yang lebih selamat
(Kemudian terus blah dan bila toleh dia membebelkan sesuatu, butiranya faiz tidak pasti sebab takut jadi fitnah pula kan so faiz ignorekan bab tu)

Kira bernasib baiklah jugak faiz tak carutkan dia kat situ memandangkan ada orang perasan semasa si Foo Key tu menjerit. Agak2 nya kalau mood faiz xelok mesti confirm kena LASER kann...... ( yang lasernye pownnn)

Bila sampai kereta faiz tunggu dalam dan tinjau lagi wanita tersebut. Ternyata ramai jugak yang tidak mengendahkannya mungkin mereka juga tidak berapa percaya dengan penampilan wanita tersebut. Ini rasanya kali pertama faiz kena carut tentang bab2 DERMA ni. Nampak sangat dia ada AGENDA tersendiri. Sebab kalau orang nak yang menderma itu perlu IKHLAS... bukan dengan cara PAKSAAN dan MENETAP kan jumlah yang perlu diderma.




So, kesimpulan dari cerita ini. Faiz rasa kesal dengan apa yang terjadi bila MANUSIA menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Kalau tengok cara ini yang digunakan untuk cari REZEKI sampai bila2 pun tak akan senang kehidupan.Tapi mesti ada yang akan kata faiz berkira nak melakukan kebaikan, Penampilan dia memang sangat MENCURIGAKAN dan tidak mustahil dalang kepada SINDIKIT PENIPUAN.

ps: Satu lagi sindikit yang menggunakan pelajar2 TAHFIZ ni meminta DERMA sangat tidak bagus, kesian kadang2 melihatkan budak2 yang sepatutnya belajar tapi kena cari sumber pendapatan untuk kepentingan orang lain... ITU AJE YANG AKU NAK CAKAPKAN





Sunday, August 19, 2012

SALAM LEBARAN

اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدِ

Alhamdulillah terasa seperti sebentar sahaja ramadhan datang kini ianya akan berlalu pergi menggantikan syawal yang membawa sejuta keberkatan 



Dari semalam faiz dah sibuk menyediakan juadah bagi menyambut lebaran dilakukan. hingga terkucil juga hari terakhir namun dek tekad dan azam digigihkan la jugak menghabiskan puasa.

Lepas diumumkan aidilfitri akan disambut pada 19 Aug 2012 maka bertalu2 sms, whataspss masengger, facebook update dan juga BBM (ahai.... saja nak promote la tue) masuk dalam hp blackberry curve ini.


Dalam kesibukan itu sempat juga menjegah dan menggedikkan diri di bazaar ramadhan yang trkenal di negeri warisan dunia itew... terletaknya di Magnolia Garden City (Taman Cempaka) xgitewwwww....






Inilah gambaran bagi yang tak pernah berkunjung di bazaar ramadhan tempat faiz ini yang menjual pelbagai kelengkapan untuk berhari raya dari sekecil2 hinggalah sebesar2nya. (Baju melayu dan tudung juga banyak dijual disini... xperlu nak ke KL mcm anjasmoro)


Berbelanjalah dengan berhemah sebab gaji bulan depan lambat lagi yea... (lainlah kalau berlaki kan PILOT) esok2 nganga lah kalau xder duit. tak pasal2 kena buat kerja part time kat flat...larikkkk hahahahahaha


Jadi dengan ini faiz ingin mengucapkan :>






Bagi lisanku yang tidak terjaga..janjiku yg terabai..hati yg berprangsaka..sifat yg pernah menyaktkn hati..ku pohon keampunan yg tulus dn ikhlas..  pada semua pembaca blog ini    
  شلآمت هاري راي 

عيدالفطري.معاف ظاهير دان باطين..


Ikhlas dr, Faiz the propah

Pada sahabat faiz yang ada nun jauh di pantai timur semoga berbahagia bersama suami tercinta... walaupun nan ado. Maaf raya rumah faiz xder ayam belanda macam raya rumah kau masa bulan 12 tu.....

Pada rakan baik faiz juga yang ada di utara, walaupun raya hang bulan 9 jangan risau hang boleh datang raya rumah aku dulu ya.... sebab kita kan 1malaysia... 

Untuk kak shila pula..... semoga bertemu jodoh, biar cepat2 sikit hilang meroyan kau tu

Untuk sistors yang kena bekerja di hari raya ini. Selamat bertugas yea...... kalau korang xkerja mati pulak orang tak dapat makan... tak gitewww

Walaupun apa saja yang korang lakukan faiz akan cuba menjadi sahabat yang terbaik buat kamu semua..


p/s: entry faiz yang paling propa kann.....

Tuesday, August 14, 2012

PERKEMBANGAN TERKINI

Salam Ramadhan semua.....

Bulan Poser Nie Entry Pun Kureng Sket..... bukan malas cuma malas nak caroootkan orang coz nanti pahala poser jadi kureng........ so untuk bulan edisi istimewa nie xder sentiment sentap ataupun meroyan dalam blog ini occay.....

Alhamdulilah walaupun dah nak masuk 26 ramadhan dengan izinNYA masih belum ada satu hari pun yang faiz terkucil pose.... dan di bulan yang mulia nie juga seorang sahabat yang dah terbuka hati untuk menutup auratnya..... syukur

Cute Tak

Cuma anjasmoro ajer tak tau lagi bila nak INSAF walaupun pada dasarnya dia dia seorang USTAZAH. Tapi biarlah dia bahagia bersama amalannya.

Kabarnya mencari tudung sampai ke KUALA LUMPUR gigih naik MAS. Kenapa kat DARUL IMAN tu dah xjual tudung lagi ke? Alasan kan....

Tak lupa juga ada sahabat yang gigih mencaras perniagaan KUIH RAYA yang dulunya dimonopoli oleh faiz kini telahpun dijalankan secara meluas di ceruk sana... gitewwww


Gitewww

Tapi tidak mengapalah kerana rezeki yang ESA itu ada dimana2 kan. Kalau GIGIH berusaha maka banyaklah habuan nya.... kalau asyik meroyan kat FB 24/7 dengan status yang propa apa pun tak boleh kannn.

Cuma yang semakin menjadi pelik tahap meroyan si ZUB nie semakin menjadi2 selepas membawa ULAT naik AIR ASIA..... adakah kerana termakan kakak2 semasa di KK.....


Verangan...... Ouchhh.......
(Ihsan dari fb)


Adakah Ambiga Milik Kamu? Larikkkkk

Ermmmm..... macam2 lah kan. Namun yang penting asal korang gembira sudah. Tak kisahlah berhijab ke? Propa Ke? Meroyan atau Mencaras.... faiz akan sentiasa meyokong dari depan.... belakang tak boleh occay...

p/s : Terharu bila dapat tahu ada BFF yang send kad raya. Terasa syahdu suuuuudddeeehhhhhh




Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN



Hai semua.... Lama betul faiz tidak bersiaran.... Well banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk ke bulan yang mulia ini......  (propa sangat.... Padahal sibuk melaha)

Ok kita lupakan semua itu.... Sebab tujuan sebenar faiz nak ucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua follower faiz. Walaupun dah masuk hari kedua namun faiz harap masih belum terlambat.

Pada anjasmoro, didie dan ambiga.... Jangan ponteng puasa... Warna kulit bukan alasan untuk tidak berpuasa..... Ermm.... Jangan pula gastrik dijadikan sebab untuk tak poser. Dan yang paling penting jangan verangan P%#@ berdarah..... Kurangkan mencarut.... Sebab kalau banyak mencarut nanti p&%# berulat...... Ahakkkkssss larikkkkk

Masa bulan puasa ni janganlah feeling nak beli makanan awal ataupun di restoran drive tru.... Apa lagi delivery service sebab apa pun caranya yang korang cuba nak lakukan sentiasa ada mata yang memandang..... Hahahahah.....

ps: jangan sampai kena hangkut dengan van jenazah lagi tahu ni

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 21, 2012

DARI FREE HAIR... KINI BERKOPIAH



KOTA BHARU – Rayuan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol untuk mengetepikan hukuman denda RM1,000 atau penjara lima bulan yang dikenakan sebelum ini gagal apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengekalkan hukuman tersebut.



Bagaimanapun, Kajol atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Jeffri, 26, bernasib baik apabila Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah memutuskan untuk menggantung selama setahun hukuman penjara sebulan yang diputuskan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 21 Jun lalu.

Mohd. Hafis yang mengambil nama aktres Bollywood ‘Kajol’ sebagai nama gelaran dirinya dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai tapak ekspo. ( M lagiiiii ...ahaiiiii )

Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan

(sumber dari HARIAN METRO 22 Jun 2012)

ps : Kajol dah.....  Ajasmoro dan Kak Didie bila pulak.... larikkkkkk

Tuesday, June 19, 2012

Pishing or Fishing

Uolszzzzz.... Faiz nak tanya soalan? Saper suka memancing? in english we call it fishing
Kalau suka angkat tangan ok ........

motif memancing mcm nie
Pancing Aper?
Pancing ikan laaaaaaaa

Berkat seksi ketika mancing

Hayoooooo........ uolssss ni advance tau..... faiz belum tanya lagi uolsszzzz dah gigih tanya soalan itu ..... ni semua nak rasa kena sebat dengan penyapu jamban kat muka .......

 ameeekawwwww

Cerita kali nie ader berkaitan dengan kegiatan memancing...... tapi faiz bukan kencana yang gigih pergi memancing sekadar unduk dapatkan ikan-ikan kecil atau pun dengan kata lain anak-anak ikan yang hado....
Bagi faiz adalah lebih mudah membeli saja di JUSCO ataupun TESCO (maaf tidak terdapat di terengganu dan pahang occay, kalau kedah ada tesco je..... nak p jusco kena mai penang) harganya lebih berpatutan atau beli secara online giteww......


Semuanya Ada di Melaka ..... Bandar Melaka....


Kadang2 kesian tgk adik2 nie gigih mengail walaupun umpan xmengena. Kalau ader yang mengena pun dicarutkan sebab hasilnya sangat LAHA. Dapat tgk dalam aquarium ajerlah.... tak boleh dimasak. Namun adakalanya tangkapan yang besar sesekali mengaburi mata jugak.

Kemudian veranganlah nak masak sweet n sour atau 3 rasa dan juga lauk pauk lain. ujong-ujong kempunan jugak nak merasa,


Adduuhhhhhhh melidat kejap tekak ni



bak kata pepatah "Indah hanya sementara". Masa indah itu satu dunia dicanangkan.... tak hengat.... dialah yang paling bahagia..... sebab dapat ikan besau...... masa nie lah baru perasan yang diri itu #KELIRU# padahal sebenarnya lebih propa dari peserta masterchef SILIBURITI (betulkah ejaan ituwwww?) sedeyyyyy



Giiiiiiitewwwwwww (jangan komen nanti kena carotttt)

Ada juga yang tak perlu susah memancing laut atau sungai...... buat program jambori pengumpulan ikan kemudian tebau jala dalam kolam yang disediakan mudah gitew kan lagi banyak hasil boleh dapat. Tak perlu gigih sangat, hanya bermodalkan camera DSLR ajer....( abang...abang.....katanya dalam fb ) hahahahahaha...... larikkkkkkkkkkkk