Monday, July 4, 2016

AIDILFITRI 2016

Assalammualaikum

Terasa Sebentar Saja Ramadhan Menyapa... Kini Ia Akan Pergi Lagi Berkelanan Untuk Selama Sebelas Bulan. Adakah Kita Akan Ketemu lagi.... Wallahualam... Moga - Moga Di Pertemukan Bulan Yang Mulia Dah Penuh dengan Keberkatan.


Agak Lama Menyepi..... Tiba Keluar Entry Raya.. Tahun Ni Cuti Raya Agak Panjang ditambah lagi Dengan Cuti Peristiwa dan Cuti Hujung Minggu. Namun Saat Akhir Fikri Masih Lagi Tercongok Di Dalam Pejabat Walaupun 95% Staff Lagi Sudah Pun Mula Bercuti... Al Maklumlah Kampung Halaman Mereka Sangat Jauh (Saaaangattt)

Persiapan Raya Tahun Ini Agak Sederhana (Katanyaaaa Walaupun Dah Berhabis  Banyak... Matilah Nak Duit Kereta Tak Bayar Lagi) Rumah As Usual Tak Kemas lagi Sebab Miang Nak Feel Raya Last Minit Mengemas Ujong2 Raya Pertama Tidur Saja... hahahahahah


Ermmm... Kuih Muih Pun Tak banyak. Kalau uolszzz Semua Rasa Macam Teringin nak Beraya Kat Rumah Fikri Sila Bawa kuih Sendiri. Pastikan Yang Sedap. Kalau Ala-ala Cekodok rentung Ataupun batu Belah Batu Bertangkup Lupakan...... simpan aje kat rumah Uolszzzzz...


Buat Sahabat yang Masih Dalam Perjalan Pulang Ke Kampung Untuk Berhari Raya. Selamat jalan Fikri Ucapkan dan Berhati-Hati Semasa Memandu. Tapi Buat Sahabat-Sahabat Yang Cuti Rayanya Tak Approve Terutama Kakak-Kakak Uniform Merah..... Raya Lah Kau Di Tempat Kerja. Nanti Faiz Kirimkan Kek Buah Yang Order-Order Tak Dapat.........


 Duit Raya Dari Kakak2 Uniform Merah


Sebelum Fikri Balik Sebentar Lagi Ingin Rasanya Mencoretkan Sesuatu Buat Semua

Dalam Guarau Adakalanya Terkata
Dalam Bicara Ada Terkasar Bahasa
Dalam Charutan Terguris Rasa
Dalam Hidup Tak Lepas Dari Dosa


1 Syawal Menjelang Tiba, Takbir Bergema Menggegarkan Jiwa,
Sekiranya Ada Salah Dan Dosa,
Keampun an Dan Kemaafan Di Pinta,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua
Maaf Zahir Dan Batin

#1437


3 comments: